KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) — Gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter melanda Kepulauan Dodecanese, Greece pada 7.51 malam tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku kira-kira 67 kilometer Barat Daya dari Izmir, Turki, pada kedalaman 10 kilometer.
Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
— BERNAMA