Gempa Bumi Kuat Berukuran 7.0 Magnitud Gegarkan Kepulauan Vanuatu
Gempa bumi kuat berukuran 7.0 magnitud dilapor telah melanda Kepulauan Vanuatu pada jam 8.56 malam tadi.
Menerusi kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 124 kilometer dan pusat gempa terletak pada jarak 894 km Barat dari Nadi, Fiji.
Bagaimanapun, gempa yang berlaku tidak mendatangkan sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.
Gempa Bumi Sederhana Gegarkan Mindoro, Filipina
Terdahulu, satu kejadian gempa bumi sederhana berukuran 5.9 magnitud dilapor berlaku dan menggegar wilayah Mindoro, Filipina kira-kira 4.23 petang Selasa lalu.
Berita kejadian tersebut dikongsikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu hantaran di laman Facebook.
Menurut kenyataan berkenaan, gempa bumi tersebut berlaku pada kedalaman 92 kilometer, jarak 56 kilometer dari Tagaytay City.
Sumber: Facebook/MetMalaysia