Gempa bumi
Gambar via AFP

Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 6.9 Sekali Lagi Gegar Mexico Sebentar Tadi

Faiz Mustafa

Gempa bumi kuat bermagnitud 6.9 skala richter sekali lagi dilaporkan menggegarkan Mexico menyebabkan orang ramai keluar dari kediaman masing-masing lewat tengah malam (waktu tempatan) dan sekurang-kurangnya dua maut, lapor AFP.

Kejadian berkenaan berlaku beberapa hari selepas gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 melanda wilayah tersebut yang meragut sekurang-kurangnya dua nyawa.

Memetik AFP, gempa dipercayai bermagnitud 6.9 skala ritcher tersebut berlaku berhampiran dengan pantai pasifik, 84 kilometer di selatan Coalcoman, barat Michoacan menurut laporan seismologi negara.

Namun kajian dari pusat Geologi Amerika Syarikat (AS) menganggarkan gempa tersebut bermagnitud 6.8.

Sebelum ini, Michoacan telah pun dilanda gempa bumi bermagnitud 7.7 skala Richter pada Isnin lalu yang telah mengakibatkan beberapa ribu bangunan rosak dalam masa yang sama mencetuskan panik orang awam hingga beberapa ratus kilometer jauhnya di Mexico City.

Datuk Bandar Mexico City, Claudia Sheinbaum berkata, helikopter rasmi telah diterbangkan di atas bandar itu untuk memantau keadaan dan tidak ada laporan berkaitan kemusnahan.

“Setakat ini tiada kerosakan di bandar itu selepas gempa bumi itu berlaku,” tulisnya di Twitter.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

BACA: “Jangan Risau Kantoi,” Abang Ni Kongsi ‘Helah’ Nak Ajak Member Pergi Bangkok Secara Percuma

BACA JUGA: Senyuman Manis Terukir Di Wajah, Adik Bella Sarung Gaun Puteri Elsa Hadir Ke Mahkamah

Sumber: AFP