Gempa yang berkekuatan 7.4 skala Richter dilaporkan telah menggegarkan Kepulauan Kermadec di timur laut sehingga mencetuskan amaran tsunami di New Zealand, lapor Daily Star.
Sistem peringatan dan mitigasi Tsunami Pasifik UNESCO/IOC mengatakan bahawa gelombang tsunami berbahaya akibat dari gempa bumi ini mungkin terjadi dalam jarak 300km dari pusat gempa.
Tidak dapat dipastikan sama ada Pulau Utara atau New Zealand merasakan gempa bumi itu atau tidak namun UNESCO telah memberikan amaran Kerajaan.
UNESCO juga memberi amaran kepada pemerintah untuk memaklumkan dan memberi arahan kepada populasi yang berada di pesisir pantai yang mungkin berada di kawasan yang berisiko.
Memetik laporan Daily Star, pusat gempa bumi dipercayai berada di sekitar 685 km timur laut Opotiki, sebuah bandar di Pulau Utara, New Zealand.
Agensi pengurusan kecemasan New Zealand sedang menilai tahap ancaman kepada negara dan mengatakan pihaknya akan memberikan kemas kini tidak lama lagi.
Walau bagaiamanapun, menerusi perkongsian MetMalaysia, gempa bumi yang berlaku di Kepulauan Kermadec ini tidak melibatkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber: Daily Star