
Gempa bumi kuat berukuran 7.0 mangnitud melanda Utara Laut Maluku di Indonesia pada 2.06 petang pada Rabu.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata gempa dengan kedalaman 67 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 162 km selatan dari Pulau Talaud, Indonesia.
Bagaimanapun, pada penilaian awal tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, media melaporkan gempa bumi turut mengegar kawasan Utara Sumatera Indonesia kira-kira pukul 6.30 pagi pada Isnin.
Walaupun ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, namun rata-rata rakyat Malaysia dari kawasan Puchong dan Cheras merasakan gegaran tersebut.
Orang ramai memuat naik berkenaan gegaran itu di laman Facebook
Sumber: MetMalaysia via Twitter
BACA: Gempa Bumi Kuat Gegar Utara Sumatera, Netizen Dakwa Terasa Sampai Ke Puchong