gempa bumi 6.8 magnitud
Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia

Gempa Bumi Kuat 6.8 Magnitud Dilapor ‘Gegar’ Filipina Sebentar Tadi

Sofea

Gempa Bumi Kuat 6.8 Magnitud Dilapor ‘Gegar’ Filipina Sebentar Tadi

Satu kejadian gempa bumi kuat dilaporkan telah berlaku di Luzon, Filipina pada jam 8.43 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bermagnitud 6.8 itu terletak pada 17.6° Utara dan 120.9° Timur dengan kedalaman 58 km.

Ia juga terletak 55 km Timur dari Vigan City, Filipina.

Bagaimanapun, gempa tersebut tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”