Gambar Via MetMalaysia

Gempa Bumi Kuat 6.5 Gegar Sempadan Rusia-Mongolia Pagi Tadi

Sofea

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku di Rantau Sempadan Rusia-Mongolia, pada pukul 5.32 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku kira-kira 730 kilometer (km) tenggara dari Krasnoyarsk, Rusia, pada kedalaman 10 km.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sumber: BERNAMA