Gempa Bumi Kuat 6.0 Magnitud Landa Luar Pantai Barat Utara Sumatera
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Gempa bumi kuat berukuran 6.0 magnitud melanda luar Pantai Barat Utara Sumatera, Indonesia pada 1.19 petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 19 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 323 km barat dari Simeulue.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
BACA: Otai Ajar Cara Tradisional Proses Air Tebu, Elak Cepat Rosak
Sumber: Bernama