Gempa bumi iran

Gempa Bumi Kuat 5.7 Dilapor Gegar Selatan Iran Sebentar Tadi

Faiz Mustafa

Gempa bumi bermagnitud 5.7 telah dilaporkan telah melanda Selatan Iran pada hari ini, Sabtu, 25 Jun 2022.

Menurut EMSC, gempa bumi tersebut berlaku di kilometer 26.77 dari utara dan 54.42 dari timur dengan kedalaman 8 km. Manakala jaraknya adalah 185 km dari arah Ajman City, United Arab dan 51 km dari Bandar-e Lengeh Iran.

Sebelum kejadian gempa bumi di Iran, satu gegaran gempa bumi bermagnitud 5.9 telah dilaporkan berlaku di Afghanistan hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 1000 orang terkorban, selain ratusan lagi cedera.

Jurucakap kerajaan, Mohammad Naeem berkata, gempa bumi itu berpusat di wilayah Paktika di timur negara berkenaan hingga dirasai kira-kira 119 juta penduduk, merujuk SCMP.

“Berdasarkan maklumat, bilangan mangsa korban di wilayah Paktika dan Khost setakat ini mencapai kira-kira 255 orang, serta 500 lagi cedera,” katanya, memetik AFP.

BACA: 46,132 Kes Muflis Libatkan Rakyat Malaysia Dari 2018 – Mei 2022 & 19,334 Kes Muflis Sebab Pinjaman Peribadi

Sumber: EMSC