Indonesia – Satu gempa bumi sederhana dilaporkan telah berlaku di Utara Laut Maluku pada jam 9.44 pagi tadi.
Memetik ciapan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Twitter, gempa bermagnitud 5.3 itu berpusat di 2.1° Utara dan 127.0° Timur.
Ia berlaku dengan kedalaman 58 km dan 148 km Utara dari Ternate, Indonesia.
Bagaimanapun, gempa itu tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia