
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan satu kejadian gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 di Selatan Sumatera, Indonesia pada 1:50 petang, sebentar tadi.
MetMalaysia dalam kenyataan menyatakan gempa bumi tersebut berpusat pada kedudukan 5.7° S dan 104.3° T dengan kedalaman 148 kilometer (km) serta 117 km barat dari bandar Lampung, Indonesia.
Bagaimanapun, menurut MetMalaysia gempa bumi itu tidak memberi ancaman kepada negara.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata kenyataan itu.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia