Satu gegaran gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Laut Sawu di perairan Indonesia pada 4.22 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, pusat gempa bumi tersebut terletak pada 10.3 darjah selatan dan 122.3 darjah timur.
Tambah MetMalaysia, pusat gempa itu dilapor berkedalaman 58 kilometer dalam dan berlaku pada jarak 139 kilometer barat dari wilayah Kupang, Indonesia.
Bagaimanapun tiada sebarang amaran tsunami yang dinyatakan oleh jabatan berkenaan setakat ini.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia