Sebuah gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 pada skala Ritcher melanda sebahagian Kundasang, Sabah pada jam 7.27 pagi tadi.
Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Twitter menjelaskan, pusat gempa bumi tersebut terletak di 6.1° Utara dan 116.6° Timur pada kedalaman 10 kilometer.
Dalam masa sama, kedudukan pusat gempa bumi tersebut terletak sejauh 13 kilometer Barat Laut dari Ranau, Sabah.
Gambar: Jabatan Meteorologi MalaysiaDifahamkan, gegaran itu turut dapat dirasai di sekitar kawasan Kundasang dan Ranau.
Sehubungan itu, MetMalaysia akan terus memantau perkembangan gempa bumi tersebut, maklumnya di laman Twitter.
Sumber: Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia.