Gempa Bumi Dilapor Landa Filipina By Hannah 23 Jun 2025 1:10am Berita Gambar: METMalaysia Gempa Bumi Dilapor Landa Filipina Satu gempa bumi sederhana telah dilaporkan berlaku di Mindanao, Filipina, pada jam 7.34 pagi, sebentar tadi.Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 6.3° Utara dan 126.4° Timur, dengan magnitud 5.4 pada skala Richter.Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa ini terletak 106 kilometer Tenggara dari Davao, Filipina, dengan kedalaman 20 kilometer.Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia setakat ini.BACA: Parlimen Iran Lulus Langkah Tutup Selat Hormuz Susulan Serangan AS Ke Atas Tapak NuklearBACA: AS Keluarkan Amaran ‘Waspada Seluruh Dunia’ Kepada RakyatnyaBACA: PBB Beri Amaran Tentang Kitaran Tindakan Balas Selepas AS Bom IranSumber: METMalaysia