Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 dilaporkan telah berlaku di Papua, Indonesia pada jam 1.49 petang tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 1.6° Selatan dan 136.7° Timur.
Ia berlaku dengan kedalaman 46 km dan 453km Barat dari Jayapura, Indonesia.
Pun begitu, gempa tersebut tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia