gempa bumi
Sumber: METMalaysia

Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Rantau Kepulauan Filipina & Laut Banda

Hannah

Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Rantau Kepulauan Filipina & Laut Banda

Satu gempa bumi sederhana telah dilaporkan berlaku di Rantau Kepulauan Filipina, pada jam 10:56 pagi, sebentar tadi.

Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 5.0° Utara dan 127.4° Timur, dengan magnitud 5.1 pada skala Richter.

Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 136 kilometer Timur Laut dari Pulau Talaud, Indonesia, dengan kedalaman 65 kilometer.

Dalam perkembangan berasingan, METMalaysia turut melaporkan satu lagi kejadian gempa bumi sederhana di Laut Banda, pada jam 11:05 pagi.

Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 6.7° Selatan dan 130.1° Timur, dengan magnitud 5.5 pada skala Richter. Tambah METMalaysia, pusat gempa bumi ini terletak 398 kilometer Tenggara dari Ambon, Indonesia, dengan kedalaman 103 kilometer.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia setakat ini.

BACA: Tular, Wanita Rusia Dedah Hal ‘Mengejutkan’ Terjadi Di Malaysia

Sumber: METMalaysia