JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 6,3 skala richter melanda pantai Provinsi Sumatera Barat Indonesia pada hari Selasa (17 Nov), kata agensi meterologi, klimatologi dan geofizik Indonesia di akaun rasmi twitternya.
Sumber dari Twitter Humans_BMKGAgensi itu mengatakan bahawa tidak ada amaran tsunami yang dikeluarkan, gempa tersebut berlaku lebih dari 100km dari darat dan pada kedalaman 10km.
Video yang dikongsi oleh saksi yang berada di tempat kejadian dengan Reuters menunjukkan orang mengosongkan Hotel Grand Inna di kota Padang setelah berlaku gegaran pada hari ini.
Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean menurunkan magnitud gempa menjadi 5.8 daripada 6.2 pada mulanya.
Sumber- CNA