Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter dilaporkan telah berlaku di Sulawesi, Indonesia pada jam 2.35 petang tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak 2.8° Selatan dan 118.9° Timur dengan kedalaman 47 km, 145km Barat dari Palopo, Indonesia.
Walau bagaimanapun, kejadian gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber: MetMalaysia