Gempa Bumi Bermagnitud 3.7 Gegar Ranau Pagi Tadi
Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan bahawa terdapat kejadian gempa bumi lemah berlaku di Ranau, Sabah.
Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 7:13 pagi tadi dengan tahap gegaran magnitud 3.7.
Pusat gempa bumi tersebut berlaku di 6.1° U dan 116.6° T, pada kedalaman 5 km.
Ia berada 13km Barat Laut dari Ranau, Sabah. Gegaran lemah itu dikatakan telah dirasai di Ranau dan kawasan sekitarnya.
MetMalaysia menerusi hantaran muat naik mereka di laman X berkata ekoran kejadian gempa itu, mereka akan terus memantau keadaan itu dari semasa ke semasa.
Sumber: X/MetMalaysia