Satu gempa bumi sederhana dilaporkan telah berlaku di Laut Banda pada jam 12.34 pagi tadi dengan magnitud 5.9 skala Richter.
Menerusi ciapan Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian itu berlaku di koordinat 6.96° S dan 130.51° T dengan jarak 444km Tenggara dari Ambon,Indonesia.
Bagaimanapun, gempa dengan kedalaman 108km itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber: MetMalaysia