Maluku, 16 April- Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 skala Richter dilaporkan berlaku di Utara Laut Maluku pada 5.03 pagi tadi.
Gempa yang berlaku di 85 kilometer Barat dari Ternate, Indonesia itu berlaku pada kedalaman 13 kilometer.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada Malaysia.
Sumber: Bernama, Tempo