
Gempa bumi sederhana berskala Richter 5.5 dilapor melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi kira-kira jam 9.25 pagi waktu tempatan, sebentar tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran yang berpusat di latitud 1.3 darjah Utara dan longitud 120.2 darjah Timur itu menghasilkan gegaran berkedalaman 12 kilometer.
Jarak kejadian gempa dikatakan berada pada 245 kilometer Utara dari Palu, Indonesia.
Walau bagaimanapun, MET Malaysia mengatakan tiada ancaman tsunami yang berlaku kepada Malaysia.