Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia via Twitter

Gempa Bumi Berkekuatan 5.3 Skala Richter ‘Goncang’ Mindanao, Filipina

Nurul Nabila

Gempa bumi sederhana berskala Richter 5.3 dilapor melanda Mindanao, Filipina kira-kira jam 10.38 malam, sebentar tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran yang berpusat di latitud 7.7 darjah Utara dan longitud 125.0 darjah Timur itu menghasilkan gegaran dengan kedalaman 10 kilometer.

Jarak kejadian gempa dikatakan berada pada 28 kilometer Barat Daya Valencia City, Filipina.

Walau bagaimanapun, MET Malaysia mengatakan tiada ancaman tsunami yang berlaku kepada Malaysia.

Sumber: Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia