Gempa bumi sederhana berskala Richter 5.2 dilapor melanda Utara Laut Maluku kira-kira jam 6.57 pagi waktu tempatan hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran yang berpusat di latitud 0.3 darjah Utara dan longitud 126.5 darjah Timur itu menghasilkan gegaran dengan kedalaman 60 kilometer.
Jarak kejadian gempa dikatakan berada pada 112 kilometer Barat Daya dari Tidore, Indonesia.
Sumber: Twitter @metmalaysia