Satu gegaran gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Sulawesi, Indonesia pada 4.36 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi mengesahkan, pusat gempa tersebut terletak pada 3.5 darjah selatan dan 123.4 darjah timur dengan kedalaman 43 kilometer, serta sejauh 97 kilometer timur laut dari Kendari.
Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan untuk negara ini.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia