Gempa Bumi Kuat 6.6M Gegar Maluku Tenggara
Gempa bumi bermagnitud 6.6 magnitud dilapor melanda barat daya Maluku Tenggara sebentar tadi. Gempa bumi tersebut berlaku kira-kira 4.37 petang hari ini.
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) memaklumkan lokasi gempa berada di latitud 6.6°S , 132.10°T atau 125 km dari barat daya Maluku Tenggara.
Pusat gegaran tersebut berada pada kedalaman 97 kilometer.
Sungguhpun begitu, pihak BMKG menegaskan bahawa gempa bumi yang melanda Maluku Tenggara itu tidak memberikan ancaman tsunami.
“Nasihat dari BMK adalah untuk sentiasa berhati-hati kerana terdapat kemungkinan gegaran susulan akan berlaku,” tulis BMKG
Tiada maklumat lanjut dikongsikan sama ada gempa berkenaan menyebabkan berlaku kerosakan infrastruktur atau kehilangan nyawa.
Lebih 36,100 Terbunuh Sejak Gempa Bumi Kuat Melanda Turkiye
Terdahulu, dunia dikejutkan dengan kejadian gempa bumi dahsyat yang melanda beberapa kawasan di Tukiye.
Menurut Bernama, sekurang-kurangnya 36,187 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye minggu lepas, menurut agensi bencana semalam.
Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 pada 6 Feb yang berpusat di wilayah Kahramanmaras. Bencana ini menjejaskan lebih 13 juta orang di 11 wilayah termasuk Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye, Sanliurfa dan Elazig.
Beberapa negara di rantau ini, termasuk Syria dan Lubnan, turut merasai gegaran kuat yang melanda Türkiye dalam tempoh kurang 10 jam.
Lebih 253,000 anggota mencari dan menyelamat kini berada di lapangan, lapor Anadolu memetik kenyataan agensi pengurusan bencana dan kecemasan Turkiye.
Menurut agensi itu, sekurang-kurangnya 216,347 orang dipindahkan dari kawasan yang dilanda gempa bumi setakat ini.
Kementerian Luar Turkiye berkata 7,098 anggota penyelamat asing dari 74 negara kini meneruskan tugasan di lapangan.
Malaysia akan bantu Turkiye dalam banyak kapasiti
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia membantu Turkiye dalam lebih banyak kapasiti untuk tempoh terdekat terutama membantu kerajaan Turkiye dan rakyatnya yang terjejas akibat gempa bumi baru-baru ini.
Anwar dalam temu bual eksklusif dengan TRT World yang dimuat naik di YouTube semalam, berkata Malaysia akan menawarkan lebih banyak bantuan selepas perbincangan beliau dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
“Kami (Malaysia) telah menghantar tiga pasukan setakat ini. Saya telah berbincang dengan Presiden bahawa banyak lagi yang akan kami lakukan walaupun Turkiye sudah mempunyai kapasiti yang besar dari segi sumber dan kemudahan.
BACA: Lebih 36,100 Terbunuh Sejak Gempa Bumi Kuat Melanda Turkiye
Sumber: BMKG via Twitter