Kredit: Twitter

Gempa Bumi 5.7 Magntitud Landa Utara Laut Maluku, Indonesia – MetMalaysia

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Gempa Bumi 5.7 Magntitud Landa Utara Laut Maluku, Indonesia – MetMalaysia

Gempa bumi sederhana dengan kekuatan magnitud 5.7 dilapor menggegar Utara Laut Maluku, Indonesia kira-kira 10.13 pagi tadi.

Berdasarkan Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam hari ini, gempa tersebut berlaku pada kedalaman 72km, pada jarak 155 kilometer (km) tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia.

Walau bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal yang dilakukan, tiada sebarang ancaman tsunami terhadap Malaysia.

Terdahulu, dua gempa bumi berkekuatan magnitud 5.4 dan 7.0 turut melanda kawasan yang sama pada 18 Januari lalu.

Gempa magnitud 7.0 itu dilapor berlaku di 163km selatan dari Pulau Talaud pada kedalaman kira-kira 67km.

Manakala, gempa bermagnitud 5.4 pula berlaku pada kedalaman 10km, pada jarak 156 kilometer (km) tenggara dari pulau yang sama.

BACA: Polis Thai Siasat Anggotanya, Didakwa “Escort” Berbayar Pelancong China Ke Hotel, Siap Buka Siren

Sumber: MetMalaysia via Twitter