gempa sri medan
Kredit: MetMalaysia
Tiada Kategori

Gempa Bumi 2.9 Magnitud Di Sri Medan, Johor

Sofea

Gempa Bumi 2.9 Magnitud Di Sri Medan, Johor

Gempa bumi lemah 2.9 magnitud telah berlaku di Sri Medan, Parit Sulong, Johor pada jam 6.39 petang tadi.

Menerusi laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa tersebut terletak di 1.9547° Utara dan 102.9907° E. Ia juga berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Terdahulu, Johor telah digegarkan dengan beberapa siri gempa bumi termasuk di kawasan Segamat.

Gempa yang pada awalnya berlaku pada 24 Ogos lalu menyaksikan gegaran dengan 4.1 magnitud direkodkan. Beberapa hari selepas itu, berlaku lagi gempa bumi dengan magnitud 3 hingga 2 ke bawah, juga di Segamat.

Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan yang dilaporkan berlaku akibat kejadian terbabit.

BACA JUGA: Gempa Bumi: Pakar Seru Pemetaan Semula Sesar, Tingkatkan Kesiapsiagaan Negara

Sementara itu, Penyelaras Program Pengurusan Bencana dan Pensyarah Kanan di ELMU University Dr Rabieahtul Abu Bakar sebelum ini menyeru agar pemetaan semula dan pemantauan terhadap sesar aktif serta sesar purba di Semenanjung perlu dilakukan.

Menurutnya, antara kawasan yang wajar diberi perhatian ialah Sesar Mersing, selain beberapa sesar purba seperti Bukit Tinggi, Bentong-Raub dan Kenyir, lapor Bernama.

Ujarnya kajian menyeluruh terhadap sesar-sesar ini perlu melibatkan penggunaan teknologi terkini termasuk pemetaan 3D serta zonasi mikroseismik bagi mengenal pasti tahap risiko sebenar di kawasan berkenaan.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia