Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku sebentar tadi.
Berdasarkan laporan awal, gempa tersebut berlaku pada kedalaman 55 km, 170km Utara dari Ternate, Indonesia.
Walaupun begitu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Setakat ini juga masih belum ada laporan berkaitan kerosakan akibat gempa berkenaan.
Sumber: Jabatan Meteorologi