Gementar Nak Akad Nikah, Pengantin Lelaki Bangkit Peluk Ibu Mohon Restu & Tenangkan Hati
Hari pernikahan merupakan hari yang sangat-sangat dinantikan oleh setiap pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga. Kata orang, wanita akan merasa gementar di hari pertunangan saat disarung cincin oleh bakal ibu mertua, yang lelaki pula akan diuji perasaan yang sama ketika akad nikah dengan diapit kadi, wali dan saksi.
Begitulah situasi yang perlu dilalui oleh seorang pengantin lelaki ketika menanti majlis akad nikah yang akan menghalalkan perhubungan dengan wanita dicintainya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok, Rianyana2, dia berkongsi detik-detik yang tidak mungkin dilupakan itu ketika menghadiri majlis pernikahan adik perempuannya. Menerusi rakaman tersebut, terjadi satu suasana yang tidak disangka-sangka, namun amat menyentuh hati dan perasaan semua yang melihatnya.
Ketika itu, dia merakam pengantin lelaki yang juga bakal adik iparnya sedang bersedia dihadapan jurunikah yang sedang membuat beberapa persiapan sebelum majlis dimulakan.
Jurunikah kemudian difahamkan meminta pengantin lelaki tersebut untuk berlatih lafaz akad nikah agar tidak tersasul dan berjalan lancar. Walau bagaimanapun, memandangkan ini adalah hari terbesar dalam hidupnya, sebagai seorang lelaki, mungkin perasaan gemuruh itu datang secara tiba-tiba.
Tanpa diduga, pengantin lelaki mengejutkan tetamu yang hadir apabila bingkas bangun daripada tempat duduknya dan kemudian merapati seorang wanita, iaitu ibunya yang duduk di bahagain tepi kawasan akad nikah tersebut.
Saat itulah, kamera merakam satu situasi yang sangat menyentuh hati apabila pengantin lelaki berkenaan tunduk dan memeluk ibunya, untuk meminta restu dan diberikan semangat bagi meneruskan majlis tersebut. Situasi berkenaan turut disaksikan oleh tetamu yang lain dan dapat dilihat bakal isterinya tersenyum.
Ternyata, situasi berkenaan sebenarnya turut menyentuh hati banyak pihak apabila dimuat naik ke laman Tiktok, apabila meraih lebih 416,000 ribu tontonan dan lebih 20,000 ribu tanda suka setakat ini.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut berkongsi perasaan masing-masing dan rata-rata mendokan kebahagian pengantin tersebut.
Kata mereka, adik pemilik akaun TikTok itu bertuah kerana bersuamikan seorang lelaki yang melayani ibu kandungnya dengan baik sekali.
BACA: Elwin Bawa Nama Malaysia Bersaing Dengan Kucing Dari Seluruh Dunia
Sumber: rianyana2 via Tiktok