Sebanyak empat (4) kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan gelombang haba pada tahap kuning atau berjaga-jaga setakat 4.40 petang hari ini, menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Kawasan terbabit yang dalam gelombang haba ialah melibatkan dua daerah di Kedah iaitu Chuping dan Kota Setar, masing-masing satu daerah di Kelantan iaitu Jeli dan Johor di Tangkak.
Manakala, semua daerah bagi negeri Sabah dan Sarawak kini berada dalam pemantauan.
Memetik laporan Bernama, tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Bagi status tahap jingga atau ‘heatwave’ pula ialah suhu maksimum harian 38 hingga 40 darjah Celsius dan tahap merah (kecemasan) untuk suhu melebihi 40 darjah Celsius, masing-masing bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.


Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia