Ceria rumah tangga apabila ada ahli keluarga yang bermacam gelagat dan pandai gurau senda. Gurauan inilah yang menjadi salah satu pengerat kasih sayang dan merapatkan hubungan antara satu sama lain.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, @Frhtkh_ berkongsi video lucu si ayahnya yang ‘membebel’ dengan sikap ahli keluarga yang ‘lari’ bila runner tiba menghantar barang.
“Lepas ni malas dah nak ambil barang. “Assalamua’laikum“, dia lari, aku kena pergi. “Assalamua’laikum”, lari.. aku kena pergi.
“”Berapa ringgit dik? RM23“. Bayar dulu..
“Baik aku mandi bagus, kang orang panggil aku dalam bilik air.”
Menurut @frhtkh_, ayahnya bukanlah betul-betul stress, namun hanya membebel secara main-main sahaja. Malah tambahnya, dia turut membayar semula wang si ayah yang didahulukan untuk membayar penghantar.
‘Bebelan’ si ayah menghiburkan hati lebih 400 ribu pengguna media sosial yang menonton video tersebut.
Kata seorang pengguna, dia sebagai lelaki juga sering diminta untuk mengambil barang yang dihantar posmen ataupun runner hinggakan nak tidur pun tak tenang.