Gelagat Anak Gunting Rambut ‘Pesakit ICU’, Buat Ramai Terhibur
Anak bukan sekadar penyeri rumah tangga, tapi adalah hadiah paling indah dari Allah SWT.
Bila dikurniakan zuriat, automatik hati kita akan ‘lembut’, sanggup berjaga malam, penat tak terasa.
Bila ada masa terluang walau sekejap, saat itu jadi waktu paling berharga untuk bersama mereka. Semuanya demi si kecil yang kita sayang.
Sungguh, kerenah mereka kadang buat kita pecah tawa, macam video comel yang tular baru-baru ni.
“Bila anak hang ada dua cita-cita…”
Dalam video yang mencuit hati itu, kelihatan seorang ayah sedang ‘dirawat’ oleh anaknya yang sedang main peranan sebagai doktor.
Anak kecil itu memasang corong oksigen mainan pada hidung si ayah, konon-kononnya pesakit sedang kritikal.
Tapi yang lebih menggelikan hati, doktor cilik ni bukan calang-calang rupanya. Dipegangnya pula gunting mainan dan mula menggunting rambut si ayah.
Si ayah pun bukan main, in-character sangat.
“Hospital mana ni? Bagus pakej ni. Sekali dengan barber.”
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut terhibur melihat gelagat dua beranak ini.
“Multitasking ya.”
“Allah. Ada service gunting rambut pula dalam ICU.”
“Muat-muat hidung je ye corong oksigen tu. Tukang gunting pun baik hati sangat sudi masuk ICU sekali.”
“Berapa package ni kak? Kena book kat saloon ke hospital ni?”
“HAHAHAHAHAHA sambil sedut oxygen sambil potong rambut! Jimat masa.”
BACA: Hantar Adik Bongsu Sambung Belajar, “Abang Paling Garang” Gagal Tahan Tangis
BACA: Ayah Penat Pulang Kerja Kongsi Gelagat Si Kecil, Coretan Hati Buat Ramai Kagum
BACA: Anak Kongsi Perbualan Sebelum Ayah ‘Pergi’ Buat Ramai Sebak
Sumber: TikTok @nurfaizah.nik