gegar vaganza 12
Gambar: Astro Gempak

Gegar Vaganza 12: Mark Adam & Nubhan Antara Peserta Yang Bakal Rebut Gelaran Juara “GV-Verse”

Muhammad Farhan

Gegar Vaganza 12: Mark Adam & Nubhan Antara Peserta Yang Bakal Rebut Gelaran Juara “GV-Verse”

Gegar Vaganza musim terbaru ini telah memperkenalkan konsep eksklusif “GV-Verse”, iaitu sebuah dimensi yang diinspirasikan daripada aura dan keunikan bintang-bintang yang bertanding, lapor Astro Gempak.

Astro telah mempersembahkan 13 barisan peserta solo dan kumpulan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura yang bakal menampilkan kehebatan seni.

Difahamkan, peserta yang terlibat juga bakal menghidupkan kembali pentas dengan persembahan yang penuh pesona dan luar biasa.

GV kali ini menampilkan penyanyi-penyanyi solo hebat dari Malaysia seperti Dato’ Elaine Kang, Krisya, Mell Sakura, Korie, Rahmat Ekamatra, Mark Adam dan Nubhan, bersama duo pop Freshies (Ejie dan Shima).

Manakala Indonesia pula diwakili oleh Shae, Ruri Repvblik serta trio mendua (Pungky, Sasha dan Diana).

Astro Gempak melaporkan Singapura turut tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma.

Bagi menambah lagi elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta Wildcad musim ini. Beliau menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.

GV dibarisi dengan juri yang sama

Bagi musim kali ini Gegar Vaganza masih dibarisi dengan juri yang sama iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang Dan Datuk Ramli MS.

GV 12 ini akan dikendalikan oleh gandingan pengacara hebat iaitu Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Rancangan realiti nombor satu ini bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

Berikut merupakan senarai penuh bintang GV 12:

Gambar: Astro Gempak
Gambar: Astro Gempak
Gambar: Astro Gempak
Gambar: Astro Gempak
Gambar: Astro Gempak
Gambar: Astro Gempak
Gambar: Astro Gempak
Gambar: Astro Gempak
Gambar: Astro Gempak
Gambar: Astro Gempak
Gambar: Astro Gempak
Gambar: Astro Gempak
Gambar: Astro Gempak

BACA: Beberapa Kawasan Di Perak Dilanda Banjir Kilat

BACA: Kajian Dedah Jalan Kaki Dengan Jumlah Langkah Ini Boleh Kekalkan Berat Badan

Sumber: Astro Gempak