
Gaza: Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan dua kes pertama covid-19 dilaporkan di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Anadolu.
Kedua-dua kes itu disahkan positif selepas mereka kembali dari Pakistan, kata pegawai kesihatan Yusuf Abo al-Reish pada Ahad.
Beliau berkata kedua-duanya kini dikuarantin, mereka dikatakan menyeberangi sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir pada Khamis.
Sebelum ini, pihak berkuasa Palestin melaporkan 53 kes COVID-19 di Tebing Barat yang diduduki, termasuk 17 pesakit telah sembuh.
Sumber: Bernama