Gas Acetylene Meletup
Kredit: Sinar Harian
Tiada Kategori

Gas Acetylene Meletup, Dua Maut & Dua Cedera

Athirah

Gas Acetylene Meletup, Menyebabkan Dua Maut, Dua Cedera

Dua individu maut manakala dua lagi cedera disebabkan letupan gas di sebuah kilang di Puchong Utama, pada Jumaat.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.14 pagi.

Panggilan tersebut melibatkan kejadian letupan gas di Taman Perindustrian Puchong Utama.

Memetik Sinar Harian, seramai 24 anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi berkenaan.

Anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Subang serta BBP Cyberjaya antara penyelamat yang bertugas.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati letupan tersebut melibatkan gas acetylene di sebuah kilang berkeluasan 2.78×5.57 meter persegi.

“Terdapat empat orang mangsa yang terlibat. Dua orang disahkan maut dan dua lagi cedera,” jelas Ahmad Mukhlis.

Seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, kerja-kerja ventilation sedang dilakukan untuk mengeluarkan gas yang masih berada di dalam kilang.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut berada di lokasi dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke masa,” tambah Ahmad Mukhlis.

BACA: Lelaki Dipenjara, Denda Guna Kad Pengenalan Palsu Kerja Sebagai Guru Sejak 29 Tahun Lepas

Sumber: Sinar Harian