Garmin Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran Descent S1 Buoy, sebuah alat revolusioner dalam rangkaian peralatan selam mereka yang direka khas untuk meningkatkan keselamatan dan komunikasi antara penyelam serta kru di permukaan.
Menggunakan teknologi SubWave™ sonar networking, buoy ini boleh dihubungkan dengan komputer selam Garmin untuk menjejak sehingga 8 penyelam serentak, serta membolehkan penghantaran mesej pratetap antara penyelam dan kru permukaan menjadikan koordinasi selaman jauh lebih lancar dan teratur.
Antara Ciri-Ciri Utama:
Cari Lokasi Buoy Dengan Mudah – Penyelam boleh lihat arah dan jarak ke buoy sama ada ia ditambat, di tali sauh bot atau terapung ketika selaman hanyut.
Mesej Dari Dasar Laut Ke Permukaan – Dengan komputer selam Garmin, penyelam boleh beritahu kru di permukaan lokasi mereka, bila perlu naik awal, atau masa dekompresi yang tinggal.

Jejak Penyelam Secara Langsung: Pantau lokasi dan kedalaman penyelam dalam rangkaian sonar.
Amaran Automatik: Dapatkan notifikasi apabila tekanan tangki penyelam rendah.
Wi-Fi Dihubungkan: Hantar mesej penting kepada penyelam tanpa perlu suara.
Aplikasi Garmin Dive: Semua data disambungkan dalam jarak hingga 60 meter.

Descent S1 Buoy hanya seberat 2 paun, mempunyai penarafan kalis air IPX8 (hingga 10 meter), dan ketahanan bateri sehingga 15 jam.
Mula Dijual Ogos 2025
Harga runcit: RM10,879
Tersedia di Garmin e-store, Shopee, Lazada, AECO e-store, Garmin Brand Stores & pengedar sah seluruh negara.