Pemain Real Madrid, Gareth Bale sah akan meninggalkan kelab bola sepak gergasi Sepanyol itu pada musim hadapan selepas menandatangi penamatan kontrak baru-baru ini.
Bale memaklumkan keputusan tersebut menerusi satu kenyataan seperti yang dimuat naik oleh pemberita, Fabrizio Romano di laman Facebook malam ini.
“Rasmi, Gareth Bale mengesahkan dia meninggalkan Real Madrid. Ia adalah pengalaman yang luar biasa, saya tidak akan pernah lupakan.
“Surat Bale kepada peminat Real Madrid di sini,” tulisnya di Facebook mengenai surat Bale tersebut.
Dalam surat yang ditandatangi oleh Bale sendiri, ia menyatakan ucapan terima kasihnya kepada kelab itu dan peminatnya.
“Saya menulis surat ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan, terdahulu dan sekarang, pengendali saya, kakitangan di bilik persalinan dan kepada semua penyokong yang menyokong saya,” katanya.
Dia turut menyatakan bahawa kedatangannya di kelab itu sembilan tahun lalu sebagai anak muda yang mahu untuk mencapai impiannya untuk bermain dengan Real Madrid.
Tambahnya lagi, “Menyarung jersi putih keramat, memakai lencana di dada untuk bermain di Santiago Bernabeu, untuk memenangi gelaran dan menjadi sebahagian terkenal sehingga sekarang dan untuk memenangi kejuaraan liga,”
Dia juga berkata, “Saya boleh melihat kembali dan berkata dengan jujur bahawa sesungguhnya impian ini menjadi kenyataan,”
“Menjadi sebahagian daripada sejarah kelab ini dan mencapai apa yang kami berjaya capai sementara saya bergelar pemain Real Madrid, ia adalah pengalaman luar biasa dan sesuatu yang tidak dapat saya lupakan,” kata Bale.
Dalam surat itu lagi, dia mengucapkan terima kasih kepada President Florentino Perez, Jose Angel Sanchez kerana memberikannya peluang untuk bermain dengan kelab itu.
Dia turut menjelaskan bahawa dirinya telah bersama-sama mencipta satu detik yang akan sentiasa diingati dalam sejarah kelab dan dunia bola sepak.
Untuk makluman, Gareth Bale merupakan pemain kelahiran Wales yang telah berkhidmat dengan Real Madrid sejak sembilan tahun lalu dan berjaya merangkul beberapa gelaran juara termasuklah ‘hatrick’ Liga Juara-Juara Eropah.

Sumber: Facebook Fabrizio Romano