
Aplikasi Google Maps menjadi antara aplikasi navigasi popular yang digunakan di seluruh dunia kerana boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma.
Tidak dinafikan, apalikasi ini sangat membantu dalam menunjukkan arah perjalanan agar pengguna sampai ke destinasi yang dituju.
Tetapi lain pula yang berlaku sekiranya penguna terlalu bergantung kepada aplikasi ini seperti insiden yang berlaku di Andhra Pradesh, sebuah negeri di wilayah pesisir tenggara India.
Memetik portal Gaadiwaadi, pemilik kenderaan, Shivaram Balajepalli memuat naik gambar keretanya yang berada di dalam tasik setelah mengikut arahan daripada aplikasi Google Maps.

Menurut Shivaram, sistem menggunakan jalan alternatif dan tanpa disedari dia telah memasuki tasik dengan paras air yang agak tinggi.
Mujurlah, dia berjaya keluar daripada kenderaan dan keretanya tidak mengalami sebarang kerosakan walau dimasuki air.
Ini bukan merupakan kejadian pertama pemandu dibawa ke tempat yang tidak selamat kerana terlalu bergantung kepada penggunaan Google Maps.
Awal bulan ini, seorang lelaki lemas setelah memandu Toyota Fortuner ke empangan setelah mengikuti arahan pada peta.
Pada Oktober tahun lalu, kejadian serupa turut berlaku terhadap seorang lelaki yang membawa Tata Harrier ke dasar sungai pada waktu malam tetapi dia dan keretanya berjaya diselamatkan.
Sumber: Gaadiwaadi