Gambar: Google

Gara-gara Ronaldo, Kini Tular Foto Dakwa Coca-cola Dijual Dengan Air Mineral

Aqmal Ezany

Beberapa hari yang lalu, tindakan bintang bola sepak dunia iaitu Cristiano Ronaldo mengalihkan botol Coca-Cola semasa sidang media bersama dengan wartawan telah meraih perhatian daripada pelbagai pihak.

Pemain pasukan Juventus itu telah bertindak mengalihkan botol Coca-Cola daripada pandangan matanya dan sebaliknya melaungkan perkataan ‘agua’ yang bermaksud air mineral sambil memegang sebuah botol air mineral sebagai mesej bagi menyeru orang ramai dan peminatnya supaya meminum air kosong.

Disebabkan tindakannya itu, saham syarikat minuman berkarbonat gergasi tersebut dilaporkan jatuh.

Kini, satu perkongsian yang dikongsi oleh sebuah akaun Facebook bernama Football World yang memperlihatkan foto botol Coca-cola dijual sekali dengan air mineral.

Perkongsian tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah dikongsi lebih seribu kali.

Tidak dapat dipastikan sama ada produk berkenaan benar-benar dijual dengan air mineral ataupun sekadar troll sahaja.

Malah, lokasi dan bila gambar berkenaan diambil juga tidak dapat dkenalpasti.

Sumber: Football World

Dapat Hadiah Percuma Sampai RM598, Ni Antara ‘Laptop’ Terbaik Tahun 2021 Bateri Tahan Sampai 19 Jam