Selepas tular di media sosial mengenai tindakan Cristiano Ronaldo yang mengalihkan dua botol air Coca-Cola di sidang media semalam, saham syarikat minuman itu dilaporkan telah merudum.
Media Sepanyol, Marca melaporkan bahawa Coca-Cola mengalami kerugian saham berbilion dolar. Saham yang bernilai $ 242 bilion didakwa turun menjadi $ 238 bilion iaitu penurunan sebanyak 1.6%.
Kerugian sebanyak $ 4 bilion itu didakwa kesan daripada tindakan Ronaldo. Ia juga dianggap sebagai ‘luar biasa’.
Walau bagaimanapun, ada juga warganet yang mengatakan bahawa Ronaldo bukan punca kerugian tersebut kerana saham Coca-Cola sememangnya mengalami penurunan sejak beberapa hari yang lalu.
Pihak Coca-Cola juga masih belum mengulas mengenai perkara ini.
Menerusi video yang tular di media sosial semalam, Ronaldo yang menghadiri sidang media pra-perlawanan diantara Hungary menentang Portugal dalam saingan Euro 2020, dilihat mengalihkan dua botol air Coca-Cola dihadapannya dan menggantikan dengan sebotol air mineral.
Dia juga ‘melaungkan’ kepada orang ramai agar meminum ‘air kosong’ sahaja. Coca-Cola adalah penaja rasmi Euro 2020.
BACA: Moratorium 3 Bulan & Pengurangan Bayaran Ansuran 50 Peratus Selama 6 Bulan, Ini Cara Untuk B40, M40 & T20 Buat Pilihan Dengan Bank
Sumber: Givemesport