Beberapa orang kakitangan dari Jabatan Pendidikan Bandar Furnabashi, Wilayah Chiba, Jepun dilaporkan telah dihukum dengan pemotongan gaji kerana kesalahan pulang kerja dua minit lebih awal.
Menurut Republic World, pihak berkuasa mengesan kesalahan tersebut berlaku sebanyak 316 kali melibatkan kesemua staf berkenaan diantara Mei 2019 hingga Januari 2021.
Ketika ditanya oleh pegawai, pekerja mengatakan bahawa mereka keluar dua minit lebih awal kerana tidak mahu terlepas menaiki bas yang kebiasaannya berada di stesen bas pada pukul 5.17 petang.
Sekiranya terlepas, mereka terpaksa menaiki bas seterusnya pada jam 5.47 petang.
Menurut media Jepun, dalam beberapa kes, syarikat itu juga mendapati bahawa beberapa pekerja telah menulis masa palsu pada kad mereka untuk keluar lebih awal.
Mereka juga mendapati bahawa seorang pekerja senior wanita ‘mengetuai’ pekerja lain untuk pulang lebih awal.
Disebabkan itu, 1 per 10 gajinya akan dipotong selama tiga bulan.
Pihak berkuasa syarikat juga memberi amaran bertulis kepada dua pekerja senior yang lain.
Perkara ini telah tular di Jepun dan netizen di sana memberikan pelbagai reaksi, kebanyakan dari mereka mempersoalkan hukuman tersebut.
Ada yang menyindir, majikan sepatutnya juga perlu membayar gaji lebih masa sekiranya pekerja pulang lewat seminit kerana menyiapkan kerja.
Sumber: Republic World