Gambar Via Google

Gara-gara ‘Hutang’ RM 1.80 Beli Mountain Dew, Lelaki Berdepan Penjara 7 Tahun

Sofea

Seorang lelaki di Pennsylvania dilaporkan telah dipenjara pada bulan lalu atas kesalahan membayar harga minuman berkarbonat Mountain Dew kurang AS$0.43 (RM1.80) daripada harga sebenar.

Menurut Fox News, lelaki itu dikatakan telah masuk ke sebuah kedai serbaneka di Perry County dan ingin membeli dua botol Mountain Dew yang berharga AS$ 3.00 (RM12.57).

Difahamkan, lelaki itu mengambil satu botol dan meletakkan AS$ 2.00 (RM8.38) di kaunter pembayaran dan terus berjalan keluar. Melihat tindakan itu, pihak kedai serbaneka tersebut telah menghubungi polis dan menangkap lelaki itu.

Harga minuman itu untuk satu botol adalah AS$ 2.29 (RM9.59), jadi lelaki itu berhutang sebanyak 43 sen sahaja.

Kerani kedai itu dilaporkan telah mengekori lelaki itu dan memaklumkan kepadanya bahawa dia jumlah bayaran untuk air minuman itu tidak mencukupi, namun lelaki menegaskan bahawa jumlah itu cukup dan terus berlalu pergi.

Setelah ditangkap, dia telah dijatuhi hukuman penjara hingga tujuh tahun dengan ikat jamin sebanyak AS$ 50,000 (RM209,425).

“Apa yang menganggu saya adalah kurangnya budi bicara di dalam kes ini kerana hukuman yang dijatuhkan tidak sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya,” kata Pengarah Lembaga Parol Negeri, Brandon Flood.

Sementara itu, lelaki berusia 38 tahun itu yang merupakan seorang gelandangan pernah disabitkan dengan beberapa kesalahan jenayah sebelum ini dan untuk kes kecurian minuman tersebut, dia telah didakwa di bawah undang-undang tiga teguran di AS kerana mencuri.

Malah, dia dan isterinya pernah dituduh mencuri bekalan kraf dari sebuah kedai.

Sumber: Fox News