Seorang lelaki warga Australia berkemungkinan akan menghabiskan sisa umurnya di Israel selepas undang-undang negara itu tidak membenarkannya keluar untuk tempoh 8,000 tahun.
Noam Huppert, 44, ‘terperangkap’ di sana sejak 2013 disebabkan tindakan bekas isterinya, warganegara Israel, menfailkan penceraian di mahkamah.
Menurut undang-undang, Huppert tidak dibenarkan meninggalkan negara tersebut sehingga 31 Disember 9999, kecuali dia menjelaskan jumlah nafkah sebanyak RM 12.5 juta untuk 2 orang anaknya.
Huppert yang ditemuramah media Australia berkata, terdapat ribuan lagi lelaki warga asing di Israel yang dikenakan tindakan dibawah undang-undang tersebut.
Katanya, dia berpindah ke Israel pada 2012 untuk tinggal berdekatan dengan anak-anaknya selepas bekas isterinya berpindah kembali ke sana.
Tidak lama kemudian, bekas isteri Huppert telah menfailkan penceraian dan mahkamah mengeluarkan perintah ”stay-of-exit order” atas alasan ‘hutang masa hadapan’ yang perlu ditanggungnya sehinga kedua-dua anaknya mencapai usia 18 tahun.
Huppert perlu menjelaskan sebanyak RM 6,700 sebulan. Dia tidak dibenarkan meninggalkan negara, walau atas apa pun tujuan, sehingga 8,000 tahun akan datang atau pun membayar ‘hutang masa hadapan’ yang ditanggungnya ketika ini.
Sumber: India TV