Air Selangor pada hari ini memaklumkan bahawa terdapat kerosakan sistem elektrikal di Rumah Pam Jelutong U8, Shah Alam pada 25 Februari 2022.
Menerusi kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook, sebanyak 42 kawasan di wilayah Shah Alam/Klang dan Petaling dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Air Selangor akan memaklumkan status bekalan air dari semasa ke semasa menerusi medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.
Orang ramai boleh menyemak senarai kawasan-kawasan terjejas seperti yang dikongsikan oleh Air Selangor seperti di bawah:


Sumber: Air Selangor