PUTRAJAYA, 20 Julai – Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka akan berlaku melibatkan beberapa kawasan di sekitar Klang dan Kuala Langat.
Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menerusi satu kenyataan berkata, ia berikutan kejadian tanah mendap yang berlaku semasa aktiviti ‘boring’ oleh pihak kontraktor di tapak kerja LRT 3 GS10 hingga menyebabkan paip pecah di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang pada 4 petang semalam.
“Bagi wilayah Klang, gangguan bekalan air melibatkan Bandar Bistari, Batu 5 & 6 Sijangkang dan Jalan Johan Setia.
Kredit gambar: Looking Property 88“Manakala bagi wilayah Kuala Langat, gangguan tersebut melibatkan seluruh kawasan Sijangkang dan Kampung Medan, Jalan Sijangkang Utama, Eco Sanctuary, Batu 9 Kebun Baru, Taman Perwira, Taman Seri Medan, Taman Sijangkang Jaya dan Tropicana Aman,” jelas kenyataan tersebut, hari ini.
Bagaimanapun, Air Selangor menjelaskan, bantuan air melalui lori-lori tangki ke kawasan-kawasan terlibat akan digerakkan bagi membantu para pengguna yang terjejas.
Orang awam boleh ikuti perkembangan terkini status bekalan air dari semasa ke semasa melalui laman sesawang www.airselangor.com atau mana-mana laman media sosial Air Selangor.
Kredit gambar: Looking Property 88
Kredit gambar: Looking Property 88
Kredit gambar: Looking Property 88Sumber: Air Selangor, Looking Property 88