KUALA LUMPUR, 7 Okt – Sebanyak 28 kawasan di wilayah Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9.30 pagi hingga 10 malam pada 13 Okt ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri memaklumkan, gangguan itu berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh buat sementara waktu pada tarikh berkenaan bagi kerja-kerja penggantian injap.
“Pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap di LRA Sungai Sireh ini akan membolehkan loji beroperasi dengan lebih cekap serta memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, penambahbaikan infrastruktur loji ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor untuk meningkatkan kualiti demi keselesaan para pengguna pada masa hadapan.
Tambahnya, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dari LRA Sungai Sireh dan tekanan air pada sistem agihan.
“Air Selangor ingin menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com juga kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti berikut:
Bagan Tengkorak
Jalan Ban Canai
Jalan Kunci Air Buang
Kampung Ampangan
Kampung Haji Razali
Kampung Melaka/ Kampung Kilat
Kampung Pinang
Kampung Seri Tiram Jaya
Kampung Sungai Burong 1 Parit 1 – Parit 4
Kampung Sungai Kajang
Kampung Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang)
Kampung Tok Adam
Kampung Ulu Tiram
Lorong Bahagia
Parit 1 Sungai Burong
Seluruh kawasan Sawah Sempadan Blok A – Z
Sungai Burong Sawah Parit 1 – Parit 4
Sungai Sireh Lorong 1 – 23
Taman Desa Jaya
Taman Kopema
Taman Radin Jaya
Taman Sri Bakti
Taman Sri Desa
Taman Sri Jaya
Taman Sri Setia
Taman Sri Tanjong
Taman Tanjung Karang/ Taman Ria Min/ Taman Ketam
Taman Wawasan
Sumber: Bernama