(Gambar) Unik, UM Tukar Bas Lama Jadi Bilik, Boleh Ditempah Melalui AirBnB By Amira 10 Julai 2020 7:57am Gaya hidup Kredit: Rumah No. 2, Universiti Malaya Barang lama pun boleh ditukar menjadi wang ringgit kalau kita pandai menggunakan kreativiti. Daripada dibiarkan tersadai tanpa tujuan, pihak Universiti Malaya (UM) telah mengubah bas antik mereka menjadi kediaman yang cantik dan unik.Lengkap dengan bilik tidur, bas ini turut mempunyai ruang bersantai pada bahagian tengah serta meja yang boleh dijadikan ruangan makan atau bekerja.Ia juga dilengkapi dengan perabot kompak yang kemas dan tersusun rapi.UM telah mengiklankan ‘kediaman’ itu melalui platform AirBnB bagi mereka yang menginginkan pengalaman bermalam di dalam bas antik tersebut.SebelumSelepasTandas diletakkan secara berasingan di rumah bersebelahan bas.Akses kad untuk ke tandas.Sumber: Rumah No. 2 Universiti Malaya