Dua penceroboh tentera Russia yang dipercayai terlibat dalam pencerobohan ke atas Russia hari ini dilapor berjaya ditawan sebentar tadi.
Kementerian Pertahanan Ukraine mengesahkan penahanan dua penceroboh tersebut menerusi satu laporan ringkas di Twitter sebentar tadi.
“Tentera Ukraine dari Brigef Mechanized Ke-93 telah menangkap dua penceroboh Russia,” maklum jabatan tersebut.
Berdasarkan laporan itu, turut dirampas ialah beberapa senjata yang dipercayai digunakan penceroboh Russia tersebut.
Sementara itu di ruangan komentar, ada netizen mendedahkan bahawa salah seorang daripada mereka baru berusia 20 tahun.
“Salah seorangnya dilahirkan pada tahun 2002. Sangat-sangat muda,” dakwa netizen itu.
Gambar: Defence of Ukraine
Gambar: Defence of Ukraine
Gambar: Defence of UkraineSumber: Defence of Ukraine