Penduduk di Hulunbuir, Wilayah Autonomi, Inner Mongolia, berdepan cuaca sejuk melampau apabila suhu turun -43.6 darjah Celsius pada Isnin (13 Disember), di mana menjadi hari paling dingin sejak musim sejuk melanda negara itu.
Menurut Jabatan Meteorologi Wilayah Autonomi Inner Mongolia, kesemua 13 stesen pemantau di Hulunbuir mengalami cuaca yang sangat sejuk di bawah -40 darjah Celcius pada 13 Disember, jam 8 pagi.



Gambar: Hulunbuir, Inner Mongolia – Li Aiping via www.yqqlm.comSuhu terendah berlaku di Ulikuma di Genhe City, di mana suhu mencapai -43.6 darjah Celsius.
Lv Haojun, seorang polis setempat, menberitahu wartawan bahawa kali ini daerah Shiwei Sumu, Hulunbuir, menghadapi gelombang udara dingin yang berbeza.
Suhu yang jatuh menjunam menyebabkan cuaca yang sangat sejuk sekaligus membekukan stesen air tempatan, dan penduduk setempat menghadapi kesukaran dalam penggunaan air.
Menerusi tinjuan media tempatan di jalan-jalan utama di bandar Tulihe, Kota Yakeshi, Hulunbuir, terdapat sedikit pejalan kaki pada awal pagi dan selebihnya penduduk menghabiskan masa dengan menonton TV di rumah.
Gambar: Hulunbuir, Inner Mongolia – Li Aiping via www.yqqlm.comDifahamkan, sebelum ini kerajaan telah meramalkan cuaca yang sangat sejuk akan melanda Hulunbuir.
Jabatan Meteorologi Hulunbuir juga telah mengeluarkan ramalan cuaca sejuk yang ekstrem pada 9 Disember, dan isyarat amaran biru gelombang sejuk pada 10 Disember lalu.
Pihak meteorologi menyatakan bahawa cuaca yang sangat sejuk akan memberi kesan yang lebih besar seperti pada bekalan haba tempatan, kemudahan pengeluaran pertanian, haiwan ternakan dan pengangkutan.
Sumber: www.yqqlm.com